Sunday, 26 June 2011
Friday, 17 June 2011
Crazy Chocolate Cake
Sempena Hari Bapa ni..SRR ( Sejuta Rahsia Rasa ) mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat hari bapa kepada Semua yg bergelar Ayah, Abah, Baba, Walid, Papa & Daddy.
Terliur tak tgk kek coklat ni...ermm..nampak sedapkan..toppingnya adalah coklat ganache, ditambah pula dengan stawberry tu...kek coklat ni moist sgt..sesuai la utk meraikan hari bapa..jika ingin mencuba rasai kenikmatan kek coklat ni..sila la hubungi SRR yer...jgn malu2..jgn segan2
Posted by Double_S at 22:05 0 comments
Tuesday, 7 June 2011
Red Velved cake
Ini lah dia kek RED VELVED yg glamour tu...Sedap sangat..sgt moist, di tengah2 lak letak cream chesee..memang terangkat lah rasa dia..
Kek ni..1kg hanya RM 60.00..kalo berkenan boleh la order..
Posted by Double_S at 22:34 0 comments
Sunday, 5 June 2011
Friday, 3 June 2011
Oreo Cheese Cake $ Father's Day
Oreo Cheese Cake
weight : 1/2 kg
RM40
Ni order dari Kak Ana kat office..Dia nak buat suprise untuk husband sempena Father's Day...design ni atas permintaan Kak Ana sendiri...
Harap mereka suke dan dapt menikmati oreo cheese cake ni.....TQ sbb sudi order...
Posted by Double_S at 01:15 0 comments
Labels: KEK
Wednesday, 1 June 2011
Kek oren Blended alunan kasih
Ni la hasilnya..malam tadi mencuba kek oren blended ni..sedap taw..sape yg berminat bleh la order
mintak izin yer untuk share resepi ( idea dr Kwn KR Mariana Zahari )
Bahan-bahan:
• 1 biji buah oren
• 1 cawan minyak
• 1 1/2 cawan gula halus
• 3 biji telur gred A @ 4 biji gred B
• 2 cawan tepung gandum*
• 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
• 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
1 sb ovallet ( ni sy yg tambah utuk lembutkan kek)
2 sudu susu segar
Cara-cara:
- Cuci buah oren, potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah oren kecil2 bersama kulitnya sekali. Masukkan kedalam blender bersama, minyak, gula dan telur, ovallet n susu segar dan kisar hingga halus.
- Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
- Bahagikan kepada 3 bahagian & warnakan ikut warna pilihan.
- Griskan loyang & masukan adunan warna pertama, ratakan dlm loyang & ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama.. (ayak nipis2, gunakan tapis teh yg halus utk ayak serbuk koko)
- Masukkan lapisan kedua, ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua.
- Ulang melapis untuk lapisan ketiga.
- Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
Posted by Double_S at 22:24 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)